・・・
Assalam.
.
Hello guys. Sorry for the late updates.
.
Hari ini saya ada dua beritaa untuk dikongsikan dengan anda semua. Beritaa gembiraa dan sedihhh. So, kite nak start dengan yang mana dulu ni?
.
Memandangkan korang semuaa ni diamm je, saya mulakan dengan berita gembiraa dulu lah ye. Kasik korang happy happy skit okay. Untuk acara Men’s Sprint hari ini saya melakukan catatan 9.760 saat dengan average speed 73.770km/h . Catatan ini memadam rekod lama saya yang dibuat pada 2018 di Velodrome Nasional Nilai iaitu 9.774 sekaligus menjadikan ianya sebagai rekod peribadi dan rekod kebangsaan yang baru. Bau kedai kot. Di WorldCup HongKong minggu lepas saya mencatat 9.841 saat dan saya berjanji akan memberikann kebangkitann di WorldCup Cambridge kan? So saya tak omong kosong dan janji ditepati.
.
So pada perlumbaan pusingan pertama (1/16) saya bertemu pelumba dari Kazakhstan, Andrey Chugay dan tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan beliau. Begitu juga dengan pusingan kedua (1/8) saya berjaya menewasakan pelumba dari Russia, Pavel Yakushevskiy. Untuk makluman, di HongKong minggu lepas saya tewas di pusingan kedua dan tidak dapat ke suku akhir.
.
Okay now nak ceritaa beritaa sedihh tu pulak. Pada perlumbaan suku akhir (1/4), saya bertemu dengan pelumba Jepun , Tomohiro Fukaya. Beliau menewaskan saya dengan straight set 2-0 dan menafikann kemaraan saya ke pusingan seterusnya. Kesedihann ini diubati dengan dua beritaa baik saya iaitu rekod baru tadi tu dan juga berjaya sampai ke pusingan suku akhir. Maka, hero tamil Rajinikanth pon berkata, takpe kite naik tanggaa satu persatu, janji sampai kemuncaakk atass. Tak gitcheww?
.
Memandangkan ramai yang bertanya dan ingin tahu tentang anti-doping dalam sukan ni, Insyaallah pada next posting saya akan ceritakan sedikit untuk perkongsian dengan anda semua. Stay tuned 🚀
.
#tissotucitrackwc
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allatars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#tumi #tumiglobalcitizens
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike